Khamis, 29 November 2012

ermmm.. ape ye?? :)

Assalmualaikum semua :) ..

sebenarnya,aku nk cerita pasal " hubby dan kerbau" tapi x jadi la sebab macam malu kan apiz lak.. haha.. lagi pun kalu dy bace bole senget sekejap otak aku ni nk mintak maaf.. :D .. so aku x nk cerita tentang aku.. tapi ak nk kongsi ilmu bagi yg xtaw pasal ni la..

KEMULIAAN IBU DI DALAM ISLAM :')

1. 2 rakaat solat wanita yang hamil lebih baik daripd 80 rakaat wanita yang x hamil..

2. wanita yang hamil mendapat pahala puasa pada siang ari dan pahala ibadat pada malam ari.

3. apabila seorang wanita mengandungkan janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. ALLAH SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebaikan dan menghapuskan daripadanya seribu kejahatan.

4. apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin maka ALLAH SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAHT SWT.

5. apabila seseorang wanita melahirkan anak,keluarlah dia (wanita) daripada dosa2 seperti keadaan ibunya melahirkannya.


6. wanita yg bersalin mendapat 70 tahun solat dan puasa seperti setiap kesakitan pada uratnya, ALLAH SWT menganugerahkannya satu pahal haji.

7. sekiranya wanita meninggal dunia salam masa 40 hari selepas bersali, dia dikira sebagai mati syahid.

8. wanita yang memberi susu badannya kepada anaknya, akan mendapat pahala daripada setiap titik susu yang diberinya.

9. wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya yang menangis, maka ALLAH beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa.

10. kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh dua setenggah tahun, maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

11. seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit, akan peroleh pahala sepertimembebaskan 20 orang hamba.


12. wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari keranan menjaga anaknya yang sakit,akan diampunkan oleh ALLAH akn seluruh dosanya dan apabila dia menghiburkan hati anaknya, ALLAH mengurniakan 12 tahun pahala beribadat.

13. apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sedang sakit, maka ALLAH memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas demi membela agama ALLAH


Hebat kan jadi bakal ibu dan ibu ni?? sayang btol Allah kat wanita .. kata Allah wanita ini istimewa.. :) .. jadi kite sebagai wanita jngn rase lemah sedangkan kite mampu jadi kuat dari lelaki.. Allah angkat martabat kite sebagai wanita.. tu semua ade dalam kitab kn.. so bagi yang bakal jadi ibu,umi,mama,mak,bonda tahniah aku ucapkan..kau kuat sbb kau tengah bawa 1 nyawa dalam badan tu...:) .. kite x lemah la wahai wanita..

THE END~

Tiada ulasan: